Wednesday 31 December 2014

2015

Mungkin pada tahun ini naik lagi kesatu tahun yang aku membawa kenangan. Terima kasih kesakitan kerana membuat aku lebih kuat dan terima kasih kenangan kerana membuat aku bahagia. Selamat Tahun Baru 2015.

Wednesday 10 September 2014

Perlu

Aku bangkit sendiri
Aku bina kekuatan sendiri
Sebenarnya segalanya telah dipermudahkan
untuk aku berjaya kedepan.
Dan yang Maha Esa telah beri aku
peluang merasai nikmat
Sakit,perit,bahagia,gembira bergelumang
menjadi 1.
Kau manusia,jatuh terduduk perlu.
Jika tidak,masakan kau belajar bab kehidupan
masa akan datang.
Kau cakap itu ini susah kerana kau hanya fikir seminit
Andai kau fikir bertahun kedepan.
Mungkin kau akan meminta pemikiran seminit kau
dipadamkan.

Monday 14 July 2014

Sayu

Hati ini sayu
Sangat sayu

Tak mampu berkata
Tak mampu diluah

Hanya Maha pencipta
mengetahui isi hati ini.

Monday 7 July 2014

Hamba

Aku manusia berdosa.

Aku manusia yang sering
alpa lupa kepadamu
Keruh berdaki hati ini

Tetapi,
Ini harapan aku.

Aku manusia yang cuba
perbaiki zahir dan batinku.

Aku manusia yang cuba
untuk memenuhi tanggungjawabku
sebagai hambamu.

Tetapkan hati ini ya Allah.

Tuesday 13 May 2014

#Orang Tengah

Hai orang tengah
Kau jangan rasa bangga
Kau jangan rasa kau betul
Kau jangan rasa kau segala-galanya

Hai orang tengah
Kau punya dua pilihan
Samada kau pemberi rasa manis
Atau kau bakal porak perandakan

Hai orang tengah
Bila disampaikan A
Kau pastikan penyampaiaannya juga A
Kepada sang penerima

Ini risiko kau sebagai orang tengah
Perucapan kau perlu sejajar dengan apa
yang disampaikan kepada penerima

Hai orang tengah
Ini harapan aku
Moga kau jadi orang tengah yang berhemah.

Tuesday 15 April 2014

#Makin

Perangai
Percakapan
Permikiran

Semua memenatkan
Sama erti meletihkan
Makin aku selam
Makin pelbagai aku jumpa
Ini realiti bukan fantasi.

Friday 14 March 2014

#Catatan

Kepada Lelaki dan Perempuan,
andai anda berjaya menyakitkan hati ini
aku tak mampu untuk ungkapkannya melalui
gambar rajah atau apa-apa medium
yang mampu aku terangkkan.
Lukisan hati ini hanya ada didalam
dan aku buntu untuk keluarkan gambar rajahnya
untuk aku tunjukkan bagaimana ia berdarah
dek kesan torehan yang anda lakukan
dalam diam.

Seandainya satu saat anda jatuh rebah
itu bukan kehendak dari aku
tapi cepatlah kau memohon ampun yang lebih berhak
atas maha pemberi rasa hati kita.

Maaf wahai Lelaki dan Perempuan
andai aku salah.
sesunggunhnya tiada dendam dihati ini
tetapi cukup sekadar kisah ini aku
jadikan bahan rujukan
untuk aku teruskan kehidupan.


Tuesday 11 March 2014

#BukuBaru

Tiap hari aku selak helaian baru
aku tulis dan tulis dan tulis
terus terusan menulis
biar buku baru ini
sentiasa aku tulis.

Satu hari akan aku baca semula
buku baru ini
kerana dalam buku baru ini
aku catatkan sejuta peristiwa
yang mampu beri aku
bekalan pada satu saat aku rebah.

Apa terjadi pada buku lama?
Aku koyakkan muka surat akhir
kemudian aku simpan
selebihnya aku buang.

Kau tahu kenapa aku simpan muka surat akhir?
kerana disitu tertulisnya perkataan TAMAT.

Wednesday 29 January 2014

Jalan

Masa depan
Susah untuk dijangka
Susah untuk difikir
Susah juga untuk diukir

Kau langkah satu tapak
Kau masuk ke gerbang dunia
Kau akan nampak betapa luasnya dunia
Saat itu kau fikir, apa yang perlu kau pilih
Pilihan menyesakkan ruang diri
Kau yang pandu dan kau la yang buat keputusan
jalan mana kau harus ambil

Huh !
Pusing sebenarnya bentuk masa depan sendiri
Kau nak ini
Tapi kau perlu itu
Tersekat dengan keinginan lain.

Keinginan dan keperluan
Bergaduh sesama sendiri
Mana pula aku terus hanyut dalam gelora anganan
entah bila berjumpa penamatnya.