Monday 23 September 2013

Mimpi

Wahai mimpi
walau pun ia sekadar mimpi
tetapi ia telah merabakkan hatiku
ketika dialam mimpi dan 
terbawa hingga realiti.

Aku berdoa supaya tak diperlihatkan
dialam realiti, tetapi kenapa
diperlihatkan dialam mimpi?

Sebak.

Mungkin ujian ini berterusan
sehingga aku sendiri dapat 
mengikhlaskannya.

Setiap lena
aku menginginkan mimpi
yang indah,yang membuatkan
aku tersenyum bila aku terbangun
dari lena yang nyenyak.


Sunday 8 September 2013

Telan

Tidak semua masalah bisa aku telan
terkadang ia mampu terluah dengan 
air mata tanpa diminta untuk keluar
aku sangat naif dalam mengawal
emosi yang satu ini

Mohon mengerti, mungkin aku
dengan cara aku
cara aku untuk lepaskan gundah
hati yang bersarang umpama 
labah-labah membina rumah
yang berselerakan.

Oh. ini bukan kisah sedih
Romeo tinggalkan juliet
tapi kisah aku yang tidak pandai
dalam mengeluarkan kata-kata
tika aku dihempap kesusahan diri

Apa yang aku mampu telan
aku akan telan sehinggaakan ia hadam



Thursday 29 August 2013

Noktah

Lebih baik tersurat begini kerana mungkin ini adalah terbaik.
Dengan ini aku noktahkannya.
Akan aku kuburkan semuannya.
Dan aku adalah seorang insan yang hilang ingatan
gara-gara terlangar oleh badai musibah dunia.
Moga kau berbahagia wahai insan.
Moga antara kita tiada dendam.
Kerana suatu hari nanti apabila ajal menjemput aku,
aku ingin mataku terpejam rapat.
Halalkan segalanya wahai insan.
Kerana andai roh aku hilang dari jasad
biarlah roh aku tidak terperangkap antara bumi dan langit.
Aku mengharapkan dunia baru ini terbina dengan indah.
Terima kasih kawan kerana sentiasa bergelak tawa dan melayani
aku ketika airmata jatuh disebabkan masalah hati yang sudah tamat
dan sudah sampai kepenghujungnya.

Kini aku kembali senyum.
Senyum dengan hari-hari aku yang kembali normal.
Insyallah....



Disaat jatuh.
Ingat yang mungkin ada yang manis menanti.

Monday 29 July 2013

Suatu saat

Saat mata terpejam lena,
terasa begitu indah bila diri ini berada
disuatu kawasan yang cukup indah,
Cukup segala bagai yang ada.

Sekelip mata,saat2 yang indah yang
aku rasakan diragut dek
kebisingan jiran2 yang entah kenapa melontarkan
nod2 tinggi umpama meminta roh aku
tidak mengenal tuan untuk kembali
membangunkan aku.

Alhamdulilah,saat roh aku menyelinap masuk
dan aku mampu membuka mata dalam
terpaksa dan sangat menyiksakan.
Namun,ada terpalit sedikit pedih hulu hati ini.
dan aku cuba tingkatkan volume sabar dalam diri.

Sekali lagi lenaku,mimpiku
diragut oleh insan lain.

Sunday 21 July 2013

Karenah

Oh karenah-karenah manusia yang aku tak akan
habis faham dan tak habis belajar untuk kenal
setiap manusia yang ada atas muka bumi ni.
Termasuk aku, insan-insan lain tak akan
pernah kenal dan faham dengan setiap karenah
aku.

Penat melayan karenah manusia.
Panat menjaga hati-hati manusia yang tak pernah
nak cuba menjaga hati aku.
Penat dengan sandiwara gred A yang
ditunjukkan.
Penat juga dengan insan-insan yang tidak faham dengan
bahasa yang aku gunakan.
Penat dengan manusia yang bermain janji.

Oh manusia, cuba la anda  fahami
hati manusia lain.

Macam ni la karenah manusia,
Sentiasa mengeluh, macam aku.
Mohon, jauhkan la aku dengan penyakit-
penyakit hati yang boleh memudaratkan.

Friday 10 May 2013

Dewasa

Disaat semua orang mengatur langkah melintasi liku-liku kehidupan yang
semakin mencabar, aku juga tidak terlepas menjadi salah seorang dari
berjuta-juta manusia di muka bumi ini yang menyelami isi-isi kehidupan
berkemungkinan memberi satu pengalaman yang tidak dapat memperbaikinya
kelak.Apabila sudah melintasi kotak masa, maka tiada istilah untuk berpatah
balik dan mengubahnya walaupun sesaaat. Hebat kuasa masa sebenarnya yang
telah Allah tetapkan kepadanya.

Masa hadapan belum diketahui, masa yang sudah berlalu dibawa oleh arus
kenangan yang terbit diminda apabila diminta untuk mengigatinya.
Serius cakap, menjadi seorang dewasa bukan perkara yang harus dipandang
remeh, malah harus bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan yang tidak
dijangka. Kerana ujian Allah yang diaturkan kepada setiap yang bergelar
manusia harus dijawab dengan berlandaskan akal yang waras. Bukan dengan
berputus asa atau menghilangkan harapan.

Terlalu banyak corak cabaran sebenarnya menjadi seorang dewasa.
Manis,pahit semuanya bercampur menjadi satu rasa yang harus ditelan.
Perkukuhkan diri,matangkan minda mungkin menjadi benteng dari melepaskan
diri dari terkusut dengan permasalahan yang membelenggu diri.

Tanya pada diri
dewasakah kita?
mampu menewas masalah yang datang?
Apa yang perlu,kematangan dalam jawapan dalam hati sendiri.