Sunday, 8 September 2013

Telan

Tidak semua masalah bisa aku telan
terkadang ia mampu terluah dengan 
air mata tanpa diminta untuk keluar
aku sangat naif dalam mengawal
emosi yang satu ini

Mohon mengerti, mungkin aku
dengan cara aku
cara aku untuk lepaskan gundah
hati yang bersarang umpama 
labah-labah membina rumah
yang berselerakan.

Oh. ini bukan kisah sedih
Romeo tinggalkan juliet
tapi kisah aku yang tidak pandai
dalam mengeluarkan kata-kata
tika aku dihempap kesusahan diri

Apa yang aku mampu telan
aku akan telan sehinggaakan ia hadam



1 comment:

.FH. said...

Kalau boleh hadam sampai cirit tak kisah,ni hadam sembelit apa cerita. hurm.