Tuesday 11 March 2014

#BukuBaru

Tiap hari aku selak helaian baru
aku tulis dan tulis dan tulis
terus terusan menulis
biar buku baru ini
sentiasa aku tulis.

Satu hari akan aku baca semula
buku baru ini
kerana dalam buku baru ini
aku catatkan sejuta peristiwa
yang mampu beri aku
bekalan pada satu saat aku rebah.

Apa terjadi pada buku lama?
Aku koyakkan muka surat akhir
kemudian aku simpan
selebihnya aku buang.

Kau tahu kenapa aku simpan muka surat akhir?
kerana disitu tertulisnya perkataan TAMAT.

2 comments:

Haikal Blank said...

"belajar cara untuk mati, dan kita akan belajar cara untuk kita hidup"

aku rasa itu yang kau maksudkan dengan tamat kat sebut.

kita jatuh, untuk kita belajar bangun. kita sakit, untuk kita belajar bagaimana mahu sihat.

kita tak cun, untuk kita belajar jadi cun. ok, tak. kalau dah tak cun tu tak boleh elak dah.
kakaka

yanaLiana said...

Okay. Aku setuju. Komen akhir yang tak cun tu. haha boleh pulak kan?